Dunia Memerlukan Senyumanmu


Tersenyumlah wahai hati
Mengapa terus menerus larut dalam tangisan?
Tangismu itu hanya akan membuat hatimu tercabik-cabik dan murung.

Tersenyumlah wahai hati
Cukuplah kau berasa pilu!
Sudah
Cukup sudah sedihmu
Tiada guna kau tangisi pada perkara yang sudah terjadi

Cuba lihatlah matamu yang membengkak!
Cuba lihatlah hatimu yang sesak!
Tak kesian kah?
Tak kesiankah pada matamu yang indah itu?
Tak kesiankah pada hati yang bening itu?

Dunia memerlukan senyumanmu
Bukan tangismu!
Tersenyumlah wahai hati
Tersenyumlah wahai penduka
Sambutlah kembali harimu dengan senyum manismu
Dengan senyum ceriamu

Mana senyummu?
Ayuh, tersenyumlah agar dunia pun tersenyum untukmu!

Perkara yang membuatkan hatimu sakit
Tiada guna disesali
Tiada guna ditangisi
Tataplah masa depan
Bukan masa lalu
Positifkan dirimu

Sekalipun engkau rasa seolah tidak mampu tersenyum
Tersenyumlah !
Kerna Allah masih melimpahkan nikmat yang tidak terkira kepadamu
Dampingilah Allah agar engkau terus kuat tersenyum.

Sebenarnya,
Allah sayang padamu
dan bumi juga rindu pada senyuman manismu
Tersenyumlah :)


Khas untuk insan - insan yang sedang sedih, bukan apa, tadi check video Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih di youtube. Alhamdulillah tak sangka ramai juga viewer, dalam 140,000+-. ramai kot orang - orang tengah down yang layan video tu. :D

Menangis tak salah pun, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okeh. moga Allah redha :)


"Perjalanan kita ni jauh lagi, jauuuuh sangat. Kalau kita terjatuh dalam perjalanan tu pastu tak nak bangkit kembali memang tak kemana lah kita. So, kalau jatuh, bangkitlah !, jatuh tu pun bukan selalu , kadang - kadang je ^^",pesan danbo kepada anaknya. hihi.


Mengapa Engkau Merokok Wahai Sahabatku?



Mengapa engkau merokok wahai sahabatku?

Tidakkah engkau tahu Allah S.W.T begitu mengasihimu, begitu menyayangimu dan begitu pemurah memberi segala nikmat yang sedang kita nikmati tanpa dikenakan apa – apa bayaran sesen pun ! tetapi mengapa engkau tergamak  tidak menjaga nikmat yang Allah beri itu? rezeki yang Allah beri kepadamu, engkau guna untuk “membakar” sepuntung rokok pada mata zahirnya tetapi dalam masa yang sama ia juga sedang “membakar” jasad engkau. 

"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

Allah memberi peringatan kepada kita supaya jangan kita campakkan diri kita dalam kebinasaan kerana apa? Kerana Allah sangat sayang kepada kita, Allah sangat kasih akan kita. Ketika Allah begitu mengambil berat akan hamba – hambaNya, mengapa kita pula tidak mahu mengambil berat menjaga diri kita?. Islam ini bukan agama yang kita suka, kita ikut, kita tak suka dan tak setuju, kita tak ikut. Apabila kita sudah mengaku kita seorang muslim, kita wajib ikut apa yang Allah suruh. Ingatlah, setiap apa yang Allah suruh itu ada hikmahnya. 

Alangkah gula yang hukum asalnya harus apabila diambil sekadarnya, namun apabila diambil secara berlebihan sehingga boleh memudaratkan kesihatan diri kita, bertukar hukumnya menjadi haram. Bagaimana pula rokok yang sudah awal – awal lagi tidak memberi langsung kepada kita sebarang manfaat dan ia pula akan memudaratkan kesihatan kita? sudah pastilah kita boleh berfikir guna akal yang Allah anugerahkan kepada kita ini berfikir apa status rokok ini dalam Islam.

Wahai sahabatku yang masih merokok dan InsyaAllah akan berhenti merokok, cuba lihat saudara – saudara kita yang kebuluran di somalia, palestin, afghanistan dan sebagainya, hendak membeli secupak nasi atau gandum pun tidak mampu kerna kesempitan hidup, yang kita ini dilimpahkan dengan pelbagai nikmat rezeki, kita “bakar” pula rezeki itu ! Sedarlah, andai duit yang engkau belanjakan selama ini untuk membeli sekotak rokok itu digunakan untuk melakukan amal jariah, pasti engkau sudah kaya dengan pahala. InsyaAllah, engkau kaya dengan pahala bukan dengan asap !

“Gua tak tenang dan jadi tak keruanlah bila tak dapat hisap rokok sehari, boleh demam bro !”

MasyaAllah. Sahabatku, lihatlah bagaimana liciknya perancangan musuh – musuh Islam. Mereka candukan engkau dengan rokok, mereka jadikan engkau tidak tenang tanpa rokok, mereka jadikan engkau rasa tidak keruan bila tak hisap rokok. Tanpa engkau sedar, mereka telah berjaya membuat engkau merasakan rokok itulah sumber ketenangan dan kebahagiaan engkau, bukan lagi Allah !
Sahabatku, adakah engkau lupa akan firman Allah yang mafhumnya berbunyi  

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Ingatlah Allah, hati akan menjadi tenteram sahabatku. Simple je, tak perlu keluar sesen pun untuk dapat ketenangan, tinggal nak atau taknak je. Winston, Dunhill, Nusantara dan pelbagai lagi jenis rokok itu hanyalah tipu daya dunia yang akan membuatkan engkau semakin lupa pada Allah dan membuatkan engkau semakin jauh daripada Allah. Percayalah.

“aku hisap rokok pun bukan susahkan hang pun, bukan guna duit hang, biaq pi la kat aku, hang nak sibuk ape pasai???”

Sahabatku yang merokok dan yang InsyaAllah akan berhenti merokok, mungkin engkau lupa, asap yang engkau hembuskan itu apabila disedut oleh orang – orang disekeliling engkau, engkau sebenarnya telah berlaku zalim pada mereka. Mengikut kajian, orang yang menyedut asap yang dihembuskan oleh perokok lebih berisiko berbanding asap yang disedut oleh perokok itu. Jadi, adakah engkau tidak ada sedikitpun rasa kasihan kepada orang – orang disekeliling engkau? Tambah teruk jika orang disekeliling engkau itu menghadapi penyakit asthma. Tidakkah engkau punya rasa simpati? Jangan pentingkan diri sendiri sahabatku, besok lusa jika engkau mati, orang yang berada disekeliling itulah yang akan menguruskan jenazah engkau nanti.

“Hisap rokok barulah cool bro ! macho !”

MasyaAllah, sekali lagi musuh Islam telah berjaya mengubah mindset engkau untuk memandang tabiat yang buruk itu bagus, cool, macho, hebat dan sebagainya. Sebenarnya, bila kita rajin ke masjid, rajin bersedekah, rajin membantu orang tua, rajin buat amal kebajikan, rajin solat, rajin ke kuliah agama, itulah yang sebenarnya lagi cool plus macho bro ! Tak percaya? Tanyalah mana – mana perempuan, yang jika diberi pilihan lelaki yang rajin hisap rokok dengan lelaki yang rajin bersedekah dengan pergi masjid, yang mana mereka akan pilih. Tanyalah, cuba tanya. *Pembaca muslimah sila beri jawapn pilihan anda di ruang komen ye nanti, biar mereka dapat jawapannya. :)

Akhir kata, tiada guna jika ada akal tetapi tidak diguna, gunalah sebaiknya. Nilailah dengan mata hati. Janganlah nilai dengan hawa nafsu. Diri ini menasihatimu kerana sayang akan dirimu sahabatku. Engkaulah harapan Islam, sayang sekali melihat  engkau lebih rela menyumbangkan segala yang engkau ada bagi menghebatkan lagi empayar syarikat rokok yang menghancurkan diri engkau sendiri daripada menggunakan segala apa yang engkau ada untuk menghebatkan lagi Empayar Islam ini.  

Maaf jika ada kata – kata ku yang mengguris hatimu. Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan tapi yang pahit itulah ubat sahabatku. Jika engkau benar sayang orang – orang disekelilingmu seperti keluargamu dan rakanmu, berubahlah. Merokok bukan budaya seorang muslim dan mukmin.

Moga Allah redha.

*Soalan cepumas untuk para muslimah dan mukminah. Jika diberi pilihan, adakah kamu mahu bernikah dengan seorang perokok?


Nasihat Jiwa Untuk Diri


Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai

Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan yang lahir dari keelokan luaran, kerna kecantikan yang luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di dalaman.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari kerongkongan. Ia memintaku agar mendengar suara - suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar diriku sensitif dengan setiap kata - kata dan perbuatan yang lahir dari peribadi.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu melihat kejernihan disebalik kekotoran.

Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa berdosanya diriku.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan.

Jiwaku mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang - kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan

Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.

Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan yang menerobos kedalam hati - hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa mengejari dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham yang menguntungkan diriku di sana kelak.

Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan cara apa sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan, dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran !

Jiwaku mahu sahabat - sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang warak dan yang terjamin syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasa yang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.

Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia Jangan jadi hamba kepada Harta Jangan jadi hamba kepada Nafsu Jangan jadi hamba kepada Syaitan Jadilah hamba Allah yang sebenar - benarnya.

Moga nasihat dari jiwa ini memberi kesan kepada diriku dan sahabat - sahabatku.

Moga Allah redha.

p/s: pd sesiapa yang kenali diri ini, sy mohon maaf andai salah dan silap yang sy lakukan. doakan sy dipermudahkan untuk blajar dan dpt jawab dengan tepat & cemerlang ya dalam exam minggu hadapan ?. TQ. jzkk :)

Allah Sentiasa Ada


Dalam hidup ini
Tiada siapa yang mampu mencintai kita sepertimana Allah mencintai kita.

Cinta Allah kepada para hambaNya begitu mendalam.
Begitu indah dan begitu suci.

Allah mencipta kita dengan penuh rasa cinta
Lihat sahajalah bagaimana Allah menyayangi kita
Dia sentiasa ada bersama kita
Dia selalu sahaja bersedia untuk mendengar masalah kita
Dia tidak pernah bosan memperkenankan doa kita
Dia juga yang tidak pernah jemu membantu kita dalam kesusahan

Waktu kita terperangkap ke dalam lembah kegelapan
Tercari – cari cahaya
Dia hadir
Melimpahkan cahaya
Yang membuatkan iman yang tadinya malap
Kembali bernyala

Bila tiada sesiapa memahami kita,
Allah ada untuk memahami dan memujuki hati kita
Bila tiada sesiapa mahu mendengar kata hati kita,
Allah tetap setia mendengar setiap keluhan yang terlahir dari jiwa kita.
 Bila tiada sesiapa lagi yang ada dengan kita
Allah ada untuk menemani kita.

Ingat,
Jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan.
Allah itu sentiasa ada bersama kita.

Changing for good is not a sin


“Mah, dah lama kita berkahwin kan? sebenarnya abang teringin sangat kita berubah ke arah yang lebih baik, abang teringin sangat lihat isteri yang abang sayang ni menutup aurat dengan sempurna” luah Ajib kepada isterinya, Semah.

“hmm, InsyaAllah abang, saya pun sebenarnya teringin juga tidak lagi dedah rambut saya, saya tak nak lagi pakai selendang nampak jambul – jambul ni, saya teringin sangat pakai tudung labuh.. saya lihat muslimat – muslimat yang pakai tudung labuh ni,, sejuk hati saya melihatnya.. semoga abang terus di belakang saya ya untuk support saya melakukan hijrah ini ya.”, balas Semah
.
“Alhamdulillah, sejuk hati abang mendengarnya. InsyaAllah, abang akan support. Bak kata hlovate, changing for good is not a sin. Bukan apa, sebab haritu, abang pergi kuliah tok guru. Tok guru cakap, selalunya orang perempuan yang belum menutup aurat tu mereka bagi alasan ‘tak sampai seru lagi’, padahal dah banyak seruan Allah bagi kat dalam al Quran dan Hadis yang kita wajib tutup aurat, antaranya..
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)”

“InsyaAllah abang, terima kasih nasihat saya, saya mahu jadi isteri yang solehah untuk abang, saranghaeyo !” semah tersenyum.

“saranghaeyo? wah isteri abang speaking bahasa korea plak ka?haha” Ajib tersengih melihat gelagat isterinya itu sambil mencubit pipi isteri kesayangannya itu.

“ouch sakit lah ! ingat kita ni muda lagi bang? Dah tua dah, rambut pun dah beruban dah. Hehe”

“umur je tua, tapi kasih sayang abang kat semah still muda tau. Cewah. Hihi”, usik ajib.

“romantik jugak suami saya ni ye. Abang, i love the way you love me”, luah Semah sambil pipinya menjadi kemerah – merahan. Malu.

“I love u too. Hikhok. hmm lagi satu kan, aritu tok guru jugak cakap, seorang suami yang biarkan isterinya dan ahli keluarga di bawah jagaannya mendedahkan aurat dan bergaul bebas melanggari syarak, lelaki tu adalah lelaki yang dayus. Abang time dengar tu, terasa sangat, abang rasa abanglah lelaki yang dayus tu.. sebab selama ini abang biarkan je isteri dan anak – anak abang dedahkan aurat dan bergaul bebas. Abang malu sangat dengan diri abang, abang malu dengan Allah. Pastu Tok Guru cakap lagi, kalau kita benar – benar sayangkan orang yang kita sayang, kita kena pastikan orang yang kita sayang tu ikut perintah Allah, kerna bila kita ikut perintah Allah, InsyaAllah barulah kita dapat berkasih sayang sampai ke syurga. sweet kan sayang kalau kita dapat berkasih sayang hingga ke syurga, barulah love forever-rever namenye kan.? huhu.”

“yup, sweet sangat bang.. doakan selalu ya kita dapat bersama berkasih sayang hingga ke syurga ya !. biarlah masa lalu tu kita tenggelamkan dengan taubat kepada Allah ye bang, moga Allah ampunkan dosa kita dan menerima taubat kita. Amiin”

“InsyaAllah, amiin.”

“Abang, dah nak pilihanraya ni.. kalau ikut abang, abang nak pilih yang mana?” soal Semah pada suaminya.

“Hm, mah tanya abang ea, abang teringat pesan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, kita nak pilih pemimpin kena macam cara kita nak pilih orang jadi imam dalam solat jemaah kita. Selalunya orang yang kita pilih untuk jadi imam kita tu mestilah yang kita yakin baik akhlaknya, alim, warak, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Macam itu jugalah kita nak pilih pemimpin kita untuk negara kita. Then, imam yang dalam solat jemaah tu nak pimpin kita 5 hingga 7 minit ja pun kita pilih yang betul – betul berkualiti hubungannya dengan Allah, tak kan nak pilih pemimpin untuk negara kita untuk masa 5 tahun kita pilih yang cacamerba sahaja akhlaknya, yang tidak jujur, yang tidak bertanggungjawab, kan?. kalau pemimpin kita tu, secara terbuka slamber je bersalam dengan orang yang bukan mahram padahal dia tahu itu suatu dosa, layakkah kita panggil dia warak? Di depan orang ramai pun dia sudah menunjukkan ketidaktaatan kepada Allah, apatah lagi di belakang orang? Kan?.

“ hm, betul juga kata abang tu kan.” Semah mengangguk.

“ Pemimpin ni abang analogikan sebagai pemandu kita dalam suatu perjalanan yang amat jauh. Bila pemandu yang kita harapkan tu sendiri tak tahu hala tuju perjalanan kita, selalu je sesat dan bawa kita keluar dari jalan yang benar, lebih baik kita cari pemandu yang baru, pemandu yang lebih baik, yang tahu memandu kita ke hala tuju kita yang sebenar. Nak senang cerita, kita tukar jela pemandu yang menyesatkan kita tu. kita pun InsyaAllah akan selamat. Setuju tak mah?Mah dah dapat tahu nak pilih yang mana?”

“ setuju, yes, i got the message. abang, i love the way u talk. Hehe.”

“ alhamdulillah. Okeylah, dah larut malam ni, jom la kita tidur.”

“ Okey jom, semoga hari esok lebih baik daripada hari ini abang”

“InsyaAllah sayang. maafkan segala kesalahan yang abang telah lakukan ya selama ini.”

“okey je. semah pun mintak maaf juga k.”

“Okey”

ZzzzZZzzzzzzzzzz...

 **********************************
 Indahnya dunia ni jika dikelilingi dengan "kehijauan" kan. :)

*segala nama dan watak dalam entri ni tiada kaitan kepada yang hidup mahupun yang dah mati. 
moga dapat mesej yang cuba disampaikan.
then, moga Allah redha :)

Warkah Khas Buatmu..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم



Buat kamu bakal peneman hidupku yang saya sendiri masih tidak tahu.. Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menulis warkah ini... Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai kamu, bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tidak minta sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita... Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya? sejauh mana kita bersyukur atas nikmatnya ini? 

Buat kamu, diri ini tak berharap apapun pada kamu.. Tetapi saya cuma harapkan kamu menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfect tetapi saya idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup, yang bertudung labuh tanda kamu taat pada Tuhan kamu, yang sederhana di mata manusia atau setidak - tidaknya kamu mempunyai keinginan dan mahu menjadi wanita solehah.Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat saya sunyi dan kecewa, kamu menjadi peneman suka duka kehidupan saya dan mengingatkan saya tentang kasih sayang Allah, itu sudah cukup membahagiakan bagi saya. Sesungguhnya wanita solehah itu sebaik - baik hiasan di dunia. 

Kamu, saya bukan seorang yang perfect, memang terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Ilmu di dada tidaklah setinggi mana, akhlak juga tidaklah seindah mana. Namun, diri ini ingin berubah setiap saat. Setiap detik diri ini juga cuba berubah, saya cuba untuk memperbaiki diri ini. Saya ingin menjadi seorang suami yang dapat menjaga kamu dengan baik, dapat bahagiakan kamu dengan seadanya. Saya mahu kita bersama - sama melangkah kesyurgaNya bukan ke nerakaNya. 

Buat bakal zaujahku, saya sedar siapa diri saya, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, tetapi saya cuma mahukan kamu menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan Islam dalam kehidupan. Baitulmuslim itulah tujuan saya, Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat. 

Buat kamu, saya harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila kita ke kuliah bersama, ke surau bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha. sweet kan saat itu <3  

Akhir sekali.. saya berharap kamu bersedia untuk menjadi zaujah saya, dan menerima diri saya seadanya. InsyaAllah.. Dalam masa sebelum kita melangsungkan perkahwinan, saya akan cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang suami. saya juga harap kamu dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak kita yang baik.

*layakkah diriku mahu sebutir permata sedangkan diriku hanya sebutir pasir yang bersepah dan boleh didapati di mana - mana...

danbo said : isk isk isk. muda - muda asik nak fikir pasai kawen je, cuba la fikir pasai mati time muda - muda ni plak, cukup suda bekalan ke sana?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...